Wednesday, February 17, 2010

Pedang Jepun



Kalau korang nk tau, kt dalam bilik aku de sebilah pedang jepun.
Mengikut sejarahnye, pedang ini di jumpai oleh arwah Tuk Wan aku yg bekerja sebagai
pegawai penjara Taiping pada waktu itu.

Mesti anda t'tnye2 di mana pedang ini di temukan?
Ia ditemukan di dalam tanah ketika arwah Tuk Wan aku sedang mencangkul di Kuarters Penjara Taiping.

Menurut sejarah lagi, tentera Jepun memang pernah bermaharajalela di Taiping. Berikut adalah rentetan peristiwa pendudukan Jepun di Taiping :
  • Jeneral Yamashita memindahkan Markas Gerakannya ke Sekolah Tinggi Taiping pada 26 Disember 1941
  • Pada 27 Disember 1941, dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Ketumbukan Tentera Ke-25, Yamashita menggariskan pertukaran taktik baru dalam strategiknya menawan Tanah Melayu. Yamashita berhasrat menghantar 1,500 orang askar daripada Divisyen ke-5 Tentera Jepun dengan bot pendaratan menuruni Selat Melaka dan mendarat di belakang garisan pertahanan Tentera British dan menyerang daripada belakang
Jadi, memang benar pe yg dijumpai ini adalah pedang Jepun.
Secara amnya, condition pedang ini masih baek. tetapi terlalu berkarat,
Ada yang mengatakan karat ini adalah karat darah yg dahulunya darah pesalah yang dipancung kepalanya.



Aku percaya pedang ini adalah milik salah seorang tentera Jepun suatu ketika dahulu.
Ketajaman pedang ini anda bayangkan boleh membelah pokok pisang dengan sekali libasan sahaja. Buktinya telah dipraktikkan oleh Guru Silat saya, Mohd Shamani b Hj Halip.

Sebarang pertanyaan, anda boleh emailkan di amir89_punksk8@yahoo.com

1 comment:

  1. nak jual x pedang tuuu....kalau nak jual berapa harga 0194022112

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails